Header Ads

22 cedera pesawat milik Singapura alami pergolakan udara

Dua puluh dua penumpang termasuk anak kapal tercedera selepas pesawat Airbus A380 milik Singapore Airlines (SIA) yang sedang dalam penerbangan menuju ke Mumbai tiba-tiba mengalami masalah pergolakan udara ketika menurunkan aras ketinggian.

Tahap kecederaan para penumpang ketika pergolakan dalam Penerbangan SQ 424 pada malam Sabtu itu tidak diperincikan, namun pihak SIA berkata semua yang cedera dirawat setelah tiba di Lapangan Terbang Mumbai, India.

Yang tercedera ialah 8 orang penumpang dan 14 anak kapal, beritahu SIA seperti dipetik AFP.

8 orang penumpang dibawa ke hospital dan sepuluh dari anak kapal yang tercedera sepatutnya mendapat rawatan di hospital namun semuanya dibolehkan pulang, kata SIA.

SIA berkata pesawat itu mengalami pergolakan tiba-tiba ketika menurunkan ketinggian pesawat yang membawa 408 penumpang dan 25 anakk kapal itu, lapor AFP.
Dikuasakan oleh Blogger.