Header Ads

Ahli Majlis dari PKR turut terima nasib sama

Situasi ‘kuku besi’ yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP bukan hanya berlaku kepada PAS, bahkan ia turut membabitkan PKR.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang teraniya, Iszuree Ibrahim, Ahli Majlis dari PKR yang menentang satu projek bertentang dengan garis panduan, turut menerima nasib yang sama.

“masalah ini bukan sahaja berlaku kepada saya….kepada PAS, PKR pun menghadapi situasi yang sama sekarang, dimana satu ahli Majlis PKR yang berkhidmat menegur ahli majlis DAP.

“benda (perkara) itu sampai kepada Ketua Menteri, terus tak boleh sambung (perkhidmatan)………..nampak situasi ‘kuku besi’ yang berlaku?,”jelasnya ketika ditemui.

Perkara yang sama berlaku apabila Ketua Whip PKR dalam Jawtankuasa Pusat Setempat (OSC) menentang satu permohonan dari satu pemaju, yang memohon kepadatan perumahan melebihi garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perancang.

Perkara tersebut telah sampai kepada pihak Ketua Menteri dan akibatnya, kata Iszuree, ketua Whip PKR tersebut telah digantung dan ditarik keluar daripada Jawatankuasa OSC.

“DAP tidak puas hati…..sampai maklumat kepada CM (Chief Minister) …………dia (Ketua Whip PKR) ditarik keluar, sebagaimana yang saya kena…….dikosongkan tempat itu.

“jadi di sini kita nampak senario (kuku besi) dimana (apabila) menentang sahaja (apa yang dipersetujui oleh DAP) ‘akan dipancung’………ini menampakkan wajah yang sebenar setelah penggal dua memerintah,”tegas Iszuree.
Dikuasakan oleh Blogger.