Header Ads

Akhbar Utusan terlepas Akta Hasutan?

Peranan yang dimainkan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi Umno tidak memungkinkan akhbar tersebut diheret di bawah Akta Hasutan walaupun banyak artikel dan berita yang disiarkan membakar sentimen perkauman dan agama.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, kebebasan bersuara mutlak yang dimiliki akhbar mesra BN itu mengesahkan lagi golongan tertentu yang berkepentingan dengan kerajaan akan terselamat daripada menjadi mangsa akta peninggalan penjajah itu.

Beliau juga sependapat dengan aktivis hak asasi manusia, Datin Paduka Marina Mahathir yang menyifatkan Utusan Malaysia mempunyai kebebasan bersuara mutlak tidak seperti akhbar lain yang tidak memiliki keistimewaan seperti itu.

Ustaz Idris sewaktu dihubungi juga kesal kerana Akta Hasutan yang dilaksanakan itu kebal bagi golongan tertentu yang menyokong kerajaan tetapi amat mudah dikenakan ke atas pembangkang.

“Apakah kerana mereka berkuasa, maka mereka kebal daripada segi undang-undang sedangkan Akta Hasutan ini untuk menjaga keamanan negara dan bukannya untuk menjaga keamanan parti.

“Tidak kira siapa yang bercakap, jika memang benar berbentuk hasutan, me reka juga patut didakwa di bawah akta yang sama,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkata, kerajaan juga patut menyedari rakyat menjadi pemerhati terhadap setiap pendakwaan terpilih yang dilakukan, termasuk ‘membebaskan’ golongan yang dikatakan pejuang hak Melayu walaupun banyak memainkan sentimen perkauman dan agama.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.