Header Ads

Banjir: 8 sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup

Orang ramai di Pekan Donggongon terputus hubungan akibat ditengelami banjir selepas hujan berterusan sejak dua hari lepas di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama
Lapan sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, dan Kota Belud.

Beliau berkata lima buah sekolah di Kota Kinabalu yang terlibat banjir ialah SK St Cathrine, SK Gudon, SK Pulau Gaya, SK Rampayan dan SK Natai.

"Di Papar, ia melibatkan SK Tampasak Kinarut dan SJKC Kin Kiau manakala sebuah sekolah di SK Lasau Titapon, Kota Belud," katanya di dalam kenyataan di Kota Kinabalu, semalam.

Beliau berkata walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah di Penampang yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaludin Hussin berkata kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.