Header Ads

Bayi lahir dalam pesawat MAS meninggal dunia

Bayi kepada wanita Australia yang telah bersalin di atas pesawat Malaysian Airlines MH135, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ibu bayi itu, Samual P. Jeyanthi telah dikejar ke Hospital Kasih Ibu di Bali selepas pesawat MH135 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brisbane, membuat pendaratan cemas sekitar jam 2.10 petang Jumaat.

Menurut ketua perkhidmatan perubatan ‘The Sydney Morning Herald’, Diah Ratna Dewi, bayi yang berusia 24 minggu itu telah pun dilahirkan dan meninggal dunia dalam perjalanan.

Dilaporkan,bayi itu telah dilahirkan kira-kira sejam setengah sebelum ibunya sampai ke hospital.

Pesawat tersebut yang membawa 178 penumpang, telah menyambung perjalananya ke Brisbane sekitar jam 4.14 petang.
Dikuasakan oleh Blogger.