Header Ads

Bekas juara dunia olahraga maut dalam kemalangan

Bekas juara dunia acara olahraga larian 800 meter lelaki, Mbulaeni Mulaudzi berasal dari Afrika Selatan maut dalam sebuah kemalangan jalanraya di kampung halamannya. Mulaudzi pernah meraih pingat emas 800 meter dalam kejohanan dunia 2009 di Berlin dan mendapat pingat perak Sukan Olimpik Athens 2004.

Atlet berusia 34 tahun itu turut menjadi pembawa bendera negaranya di Sukan Olimpik Athens dan mengumumkan persaraan dari olahraga pada 2013.

"Mulaudzi jelas salah seorang atlet lumba lari paling dikagumi di Afrika Selatan," kata agennya, Peet van Zyl.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata Mulaudzi sedang dalam perjalanan menuju sebuah mesyuarat olahraga di Johannesburg ketika kemalangan berlaku.

Presiden IOC Thomas Bach menyebut Mulaudzi sebagai "atlet Olimpik sejati yang hebat".

"Sebagai seorang juara dunia, beliau sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam bidangnya. Beliau dengan bangga mewakili negaranya di seluruh dunia, dan di dalam negeri dia berjaya memberi inspirasi kepada generasi baru anak-anak muda untuk terjun dalam bidang sukan ini," ujar Bach.

Pelari dari Wilayah Transvaal itu juga pernah memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2002, gangsa di Kejohanan Dunia 2003, emas di Kejohanan Dunia Indoor 2004, dan perak di Kejohanan Dunia Indoor 2006 dan 2008.
Dikuasakan oleh Blogger.