Header Ads

Berebut perairan: Korea Utara dan Korea Selatan berbalas tembakan

Tembak menembak tercetus antara musuh serumpun, Korea Selatan dan Korea Utara di wilayah perairan kepulauan Yeonpyeong yang merupakan sempadan kedua-dua negara, semalam.

Dilaporkan tmbakan yang dilepaskan dari kapal laut Korea Utara itu hanya bersifat peringatan selepas sebuah kapal Korea Utara yang melepasi sempadan dan memasuki wilayah perairan Korea Selatan sejauh setengah batu.

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, kapal peronda Korea Selatan telah melepaskan tembakan amaran agar kapal Korea Utara keluar dari wilayahnya. Namun ia tidak diendahkan kapal Korea Utara, malahan bertindak melepaskan tembakan balasan. Keadaan itu menyebabkan kapal rondaan Korea Selatan sekali lagi melepaskan tembakan balas bagi amaran kedua.

Dilaporkan tidak ada kerosakan dalam insiden berkenaan, namun jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan tindakan tembak menembak itu hampir memusnahkan kapal kedua-dua pihak. Insiden itu belum pernah berlaku antara dua jiran tetangga itu di wilayah perairan berkenaan.

Korea Utara secara tegasnya tidak mengakui garis sempadan yang dibuat oleh PBB yang diketuai oleh Amerika Syarikat selepas Perang Korea yang tercetus sejak 1950-1953.

Kedua-dua negara masing-masing mendakwa wilayahnya dimasuki tanpa izin. November 2010, kapal Korea Utara melepaskan tembakan ke pulau Yeonpyeong yang menyebabkan empat warga Korea Selatan terbunuh dan mencetuskan konflik yang lebih besar.
Dikuasakan oleh Blogger.