Header Ads

Borang Umno untuk Adam Adli

Menyedari aktivis Adam Adli hadir ke majlis dialog terbuka anjurannya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin secara berseloroh berkata beliau mahu memberi borang keahlian Umno kepada aktivis berkenaan sambil mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Namun kedua-dua mereka tidak sempat 'bersua' selepas Adam terlebih dahulu keluar dari majlis berkenaan sebelum sempat Khairy 'menyindirnya' dengan pelawaan menjadi ahli Umno.

Adam Adli dilaporkan telah menghadiri majlis dialog terbuka yang dianjurkan Pemuda Umno itu dan mendapat perhatian hadirin selepas kehadirannya disebut oleh Khairi selaku panelis majlis dialog tentang halatuju politik orang muda di Malaysia anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) yang berlangsung di Kelana Centre Point, Kelana Jaya, kelmarin.

“Mungkin saudara-saudara tidak perasan, tapi saya perasan, (Adam) dah keluar dewan dah tadi.

“Adam Adli ada tadi tapi dia balik dah dan saya tak sempat bagi borang ahli Umno pada dia” kata Khairy berseloroh seperti dipetik dari Malaysiakini.

Menyedari kehadirannya diketahui, Adam terus meninggalkan majlis dialog berkenaan sebelum terus mendapat perhatian hadirin.

Dikuasakan oleh Blogger.