Header Ads

Bot TLDM bersama 7 krew selamat

Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini.

Beliau berkata komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat.

"Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," kata Abdul Aziz dalam laman Twitter.

Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. -Bernama

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.