Header Ads

Burung nuri bertutur bahasa Sepanyol selepas 4 tahun menghilang

Seekor burung nuri peliharaan yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris sebelum hilang dari rumah tuannya empat tahun lalu, kini kembali semula tuannya. Namun, burung itu kini tidak lagi boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi bertukar kepada bahasa Sepanyol.

Peristiwa penemuan burung itu dilaporkan media tempatan The Daily Breeze, kelmarin.

Dilaporkan, burung berkenaan telah ditemui seorang doktor haiwan, Teresa Micco, di California selatan, Amerika Syarikat.

Pada awalnya, doktor berkenaan menyangka burung nuri yang berasal dari Afrika itu adalah burungnya yang hilang.

Namun, ketika doktor berkenaan mendapati mikrocip pada burung yang bernama Nigel itu, beliau telah menghubungi tuan asalnya yang sebenar iaitu Darren Chick, seorang lelaki berasal dari England Inggeris dan menetap di Torrance.

Dilaporkan, tidak banyak maklumat yang diperoleh tentang Nigel selama empat tahun ia menghilang tetapi Chick memberitahu, pertuturan bahasa Inggeris burung itu hilang dan sekarang berubah, burungnya kini pandai bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Ini merupakan kali kelima Micco berjaya mempertemukan burung yang hilang dengan tuan asalnya. Doktor haiwan itu memang sedang berusaha mencari burungnya yang hilang sembilan bulan yang lepas.
Dikuasakan oleh Blogger.