Header Ads

Charles Michel akhiri tempoh 5 bulan Belgium tanpa Perdana Menteri

Belgium mengakhiri tempoh selama lima bulan tanpa kerajaan pada Selasa selepas parti-parti utama bersepaat membentuk kerajaan campuran yang dipimpin oleh tokoh liberal berbangsa Perancis, Charles Michel sebagai Perdana Menteri.

Michel, berusia 38 tahun yang menjadi salah seorang pemimpin paling muda di Eropah berkata, gabungan tersebut akan membawa ekonomi Belgium kembali kukuh di samping melakukan reformasi termasuk melanjutkan usia persaraan.

Michel telah menggantikan pemimpin sosialis Elio Rupo yang memimpin buat sementara sejak pilihan raya kebangsaan pada 25 Mei lalu selepas keputusan tidak menyebelahi mana-mana pihak di negara berkenaan akibat daripada rakyat berpecah daripada kalangan masyarakat yang berbangsa Flemish dan Perancis.

Persetujuan melantik Michel disepakati setelah berlangsungnya perundingan selama berbulan-bulan, namun masih tidak dapat mengatasi tempoh paling lama menunggu pembentukan kerajaan Belgium pada tahun 2010.

Pada masa itu, parti-parti politik menghabiskan 541 hari untuk membentuk kerajaan negara, yang menjadi rekod dunia paling lama untuk membentuk kerajaan.
Dikuasakan oleh Blogger.