Header Ads

Dua pesawat berlanggar, semua penumpang selamat

Pasukan kecemasan 'Dublin Fire Brigade' telah dikerahkan ke lapangan terbang di ibu negara Ireland selepas hujung sayap pesawat Ryanair dilaporkan berlanggar dengan sayap belakang kapal terbang lain dari syarikat yang sama di laluan pelepasan semalam.

Badan penyiaran Ireland, RTE melaporkan, insiden berkenaan berlaku ketika salah satu kapal terbang sedang bergerak perlahan menuju ke landasan (kawasan pelepasan). Tiada sebarang kecederaan terhadap penumpang dilaporkan dan ia tidak mengganggu jadual penerbangan lain.

Salah seorang penumpang memberitahu, semua penumpang diminta terus berada dalam pesawat selama sejam sebelum dibenarkan keluar.

Seorang jurucakap pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, lapangan udara tetap beroperasi seperti biasa walaupun ada gangguan 'kecil' itu.

Seorang jurucakap pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, insiden berkenaan berlaku di kawasan pelepasan dan tiada gangguan berlaku di landasan utama. Kedua-dua pesawat yang terbabit masih berada di kedudukannya sementara pasukan Keselamatan Udara selesai melakukan pemeriksaan.

Untuk sementara, lokasi insiden akan ditutup buat penerbangan lain dan pesawat yang menggunakan laluan itu terpaksa menempuh laluan yang lebih jauh.

"Dua pesawat kami bergerak perlahan di landasan Lapangan Terbang Dublin pagi ini. Sayap salah satu pesawat melanggar ekor (sayap) yang lain," demikian kenyataan Ryanair yang dilaporkan BBC, semalam.

Insiden tidak memberi kesan kepada penumpang dalam pesawat.

"Ryanair minta maaf pada para penumpang atas gangguan yang berlaku."
Dikuasakan oleh Blogger.