Header Ads

Gara-gara gigi palsu, tangan nenek terperangkap dalam mangkuk tandas

Seorang nenek berusia 85 tahun yang dikenali sebagai Zhang, sedang asyik membersihkan gigi palsunya dalam tandas, tiba-tiba gigi itu terjatuh ke dalam lubang tandas dalam kejadian berlaku pada Rabu minggu lepas.

Menurut laporan Daily Mail, pada Selasa lepas, ketika mahu mengambil kembali gigi palsunya dari dalam tandas, tiba-tiba tangannya pula terperangkap dalam mangkuk tandas berkenaan. Dilaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan.

Pada mulanya, Zhang cuba mengeluarkan tangannya secara perlahan-lahan, namun ianya gagal dikeluarkan. Nenek itu terpaksa menunggu sehingga salah seorang ahli keluarganya tiba di rumah beliau sebelum mendapatkan bantuan.

Selepas satu jam, baharulah menantunya datang ke rumah beliau yang terletak di Guangyuan, di Wilayah Sichuan. Pada awalnya menantunya merasa pelik apabila melihat mertuanya tidur tertiarap di bilik mandi.

Selepas memgetahui perkara sebenar, menantu nenek berkenaan cuba menarik tangan mertuanya, namun tetap gagal mengaluarkannya. Kemudian, mereka terpaksa memanggil pasukan bomba untuk membantu.

Bomba kemudian melumurkan tangan Zhang dengan air yang mengandungi sabun dan membantunya perlahan-lahan mengeluarkan tangan kirinya itu, hampir empat jam, akhirnya tangan Zhang berjaya dikeluarkan.

Tangan nenek itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun gigi palsunya tidak diketahui sama ada berjaya dikeluarkan beliau bersama tangannya atau tidak.
Dikuasakan oleh Blogger.