Header Ads

Gempa bumi 6.4 skala richter sekali lagi gegar Wilayah Yunnan

Bangunan runtuh ketika gempa pertama pada 3 Ogos lepas.
Gempa bumi sekali lagi menggegarkan Wilayah Yunnan, China, Selasa, semalam selepas kejadian yang sama berlaku pada Ogos lepas. Menurut Amerika Syarikat Geological Survey (USGS), gempa bumi kali ini berukuran magnitud 6.4 pada skala richter.

Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Pusat gempa itu adalah 163 kilometer ke utara barat laut Yunjinghong dan pada kedalaman 10.0 kilometer," beritahu USGS seperti yang dilaporkan Reuters, semalam.

Sementara itu, Agensi Berita Xinhua China mengumumkan gempa bumi itu boleh dirasai di ibukota wilayah berkenaan. Pusat gempa itu terletak di kawasan pedalaman dan luar bandar di Yunnan.

Pada 3 Ogos lepas, beratus-ratus mangsa telah terbunuh dalam gempa bumi 6.3 skala richter yang melanda wilayah yang sama.

"Hampir 600 orang diketahui telah terbunuh dalam gempa bumi yang melanda Yunnan," kata seorang pegawai seperti yang disiarkan oleh CNN pada 6 Ogos lepas.
Dikuasakan oleh Blogger.