Header Ads

Gerhana: Bulan berwarna merah darah atau 'Blood Moon' malam ini

Fenomena Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garisan lurus.
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena Gerhana Bulan Penuh dapat dilihat berlaku pada malam ini, Rabu 8 Oktober 2014, menyebabkan Bulan kelihatan berwarna merah darah, hasil daripada pencahayaan sinar matahari yang berselerak di luar atmosfera kita. Fenomena ini turut dinamakan fenomena Bulan Berdarah 'Blood Moon'.

Menurut ANGKASA lagi, orang ramai yang berada di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan gerhana ini bermula seawal fasa sehingga berlakunya fasa Gerhana Penuh pada jam 6.25 petang.

Punca Gerhana Bulan.
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, orang ramai hanya dapat menyaksikan Gerhana Bulan Separa iaitu apabila Bulan sudah keluar daripada fasa Bulan Penuh.

Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garisan lurus. Menurut pakar, warna 'merah darah' berlaku kerana Bulan tertutup oleh bayangan Bumi, namun cahaya matahari terbias sehingga menimbulkan kesan kemerah-merahan.

Gerhana 'merah darah' berlaku akibat pantulan atmosfera bumi yang umumnya disebabkan dari kumpulan debu letusan gunung berapi.

Negara yang terlibat dengan Gerhana Bulan.
Kesan pantulan atmosfera Bumi yang terpampang di permukaan Bulan, menyebabkan Bulan yang pada asalnya berwarna putih agak kekuningan, menjadi merah darah. Semakin tebal kumpulan debu di atmosfera akan semakin merah pula warna Bulan.

Menurut NASA, fenomena 'Merah Darah' itu adalah disebabkan daripada lapisan udara berdebu yang mengelilingi planet Bumi, menyebabkan memantulnya ke cahaya matahari.

Selain Malaysia, gerhana Bulan Penuh malam ini turut dapat dilihat di Amerika, Lautan Pasifik, Australia, dan Asia, kecuali Asia Barat.

Waktu di Malaysia berlaku fenomena Gerhana Bulan (bermula dan berakhir):
6.25 petang - Gerhana akan bermula dengan fasa penuh umbra
6.54 petang - Kemuncak fasa gerhana bulan penuh berlaku
7.24 malam - Fasa gerhana bulan penuh tamat
8.34 malam - Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi
9.33 malam - Fenomena Gerhana Bulan Penuh tamat sepenuhnya
Dikuasakan oleh Blogger.