Header Ads

Guru mati ditembak murid dalam kelas

Seorang guru wanita di sebuah sekolah di selatan Estonia ditembak mati pelajarnya sendiri ketika sedang belajar bahasa Jerman, semalam.

Menurut pihak polis, pelajar yang melakukan tembakan itu telah pun ditahan. Dilaporkan tiada orang lain yang cedera dalam insiden berkenaan. Insiden tembakan itu berlaku di Viljandi, kira-kira 160 kilometer sebelah selatan ibu kota Estonia.

"Penembak itu berusia 15 tahun. Mereka berada dalam kelas bersama-sama. Ketika kejadian, terdapat empat atau lima murid lain," kata jurucakap polis Estonia, Tuuli harson.
Dikuasakan oleh Blogger.