Header Ads

Harga minyak ikut gaji bulanan?

Rakyat negara ini bakal membayar harga petrol tanpa subsidi tidak lama lagi selepas semakan pelaksanaan program rasionalisasi subsidi minyak selesai.

Ke arah pelaksanaan program berkenaan, untuk jangka masa panjang, kerajaan dilaporkan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi minyak berdasarkan tiga peringkat, bergantung pada pendapatan bulanan rakyat, demikian diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Selepas ini, harga bahan api akan dibayar berdasarkan kiraan gaji bulanan pengguna. Menurut Ahmad Husni, mereka yang memiliki pendapatan bawah RM5,000 akan menerima subsidi penuh sementara rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat nilai subsidi tertentu.

Kepada golongan pendapatan RM10,000 ke atas, mereka akan membeli minyak dengan harga tanpa subsidi. Ahmad Husni berkata, mekanisme program kini sedang diusahakan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Walaupun golongan berpendapatan tinggi dikenakan harga petrol yang tinggi, namun keadaan tidak mustahil golongan pertengahan dan miskin akan menerima tempias terhadap kenaikan harga barangan lain disebabkan harga petrol akan melambung tinggi.
Dikuasakan oleh Blogger.