Header Ads

Hatrik Wellbeck bantu Arsenal benam Galatasaray 4-1

Dua penjaring gol Arsenal, Wellbeck dan Sanchez meraikan kemenangan mereka menumpaskan Galatasaray 4-1 di Stadium Emirates.
Selepas tewas dalam perlawanan sulung menentang Borussia Dortmund, Arsenal mengamuk dalam perlawanan kedua di laman sendiri apabila membenam Galatasaray di Stadium Emirates 4- 1 pada Khamis.

Penyerang muda pasukan kebangsaan England, Danny Welbeck menjadi wira buat 'The Gunners' apabila menjaringkan hatrik membantu Arsenal mengutip tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri. Satu lagi gol Arsenal dijaringkan pemain baru, Alexis Sanchez.

Sementara itu, gol saguhati Galatasaray dijaringkan oleh Burak Yilmaz selepas Arsenal terpaksa bermain dengan 10 pemain berikutan penjaga golnya, Wojciech Szczesny dilayangkan kad merah.

Arsenal kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan kutipan 4 mata berbeza 2 mata di belakang Borussia Dortmund yang turut mengutip mata penuh menundukkan Anderlecht 3-0.
Dikuasakan oleh Blogger.