Header Ads

Heboh video seks pelajar tersebar

Imej pendidikan di Bengkulu, Indonesia tercalar dengan tersebarnya rakaman video seks pelajar yang berpakaian seragam SMP Kabupaten Bengkulu Tengah.

Hidi Christopher, seorang pekerja swasta di Kota Bengkulu, mengaku mempunyai rakaman video seks berdurasi 1 minit 38 saat itu yang dipindahkan melalui telefon bimbitnya.

"Saya dapat mengagak dari bahasa dan pakaian seragam sekolahnya, didakwa mereka pelajar SMP di Kecamatan Pondok Kelapa, Kabupaten Bengkulu Tengah," ujar Christpher, semalam.

Dalam rakaman video tersebut, Christopher mendakwa, adegan seks pelajar berkenaan dilakukan di dalam sebuah kereta oleh seorang perempuan dan 2 lelaki yang masih berpakaian seragam sekolah. Video tersebut didakwa diambil melalui rakaman telefon bimbit.

Menurut Christopher lagi, berdasarkan dari kualiti gambar dan beberapa adegan yang kelihatan goyang, serta beberapa kali kamera perakam tertutup dengan tangan, didakwa rakaman video dilakukan dengan sengaja dan terburu-buru.

Ketika disahkan, Pengetua SMP Negeri 1 Pondok Kelapa Jamaludin mengaku belum boleh memastikan pelakon video porno tersebut adalah murid di sekolahnya.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Namun harus saya akui, video porno itu menghebohkan kami di sekolah ini dan masyarakat sekitar kerana percaya dakwaan pelakunya adalah pelajar di sekolah kami ini," kata Jamaludin.

Sejajar itu pihak sekolah Pondok Kelapa terus menyiasat telefon bimbit para pelajar di SMP 1 Pondok Kelapa selepas dakwaan tersebarnya video porno yang didakwa dilakonkan pelajar di sekolah berkenaan.

"Kita melakukan carian berkaitan dakwaan pelaku video seks yang tersebar. Kita tidak boleh terus untuk menuduh, kerana harus berdasarkan bukti penyiasatan. Nanti kita akan minta bantuan langsung dari polis Bengkulu untuk menyiasat pelaku video seks oleh pelajar SMP Pondok Kelapa ini," ujar ketua polis Pondok Kelapa Iptu Andriyani.
Dikuasakan oleh Blogger.