Header Ads

Hijrah: Tinggal sekular, hijrah kepada Islam, ambil kira soal dosa dan pahala

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sempena memperingati Hijrah Al-Rasul, kenangilah perjuangan baginda SAW  yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi menegakkan hukum Allah di muka bumi.

Allah telah mengurniakan  kekuasaan kepada Baginda dan seluruh umat Islam setelah mereka berhijrah bukan setakat dari meninggalkan tanah air mereka akan tetapi meninggalkan segala larangan Allah termasuk kehendak nafsu syahwat.

Saya mengajak semua agar berhijrahlah ke arah kebaikan dalam semua aspek termasuklah  ekonomi, pendidikan, pentadbiran negeri dan negara juga dalam bidang politik agar kita meninggalkan politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja.

Keberkatan - Kemakmuran - Kebajikan

SELAMAT MENYAMBUT HIJRAH AL-RASUL 1436H

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Dikuasakan oleh Blogger.