Header Ads

Honda Civic Type R Concept II tampil lebih garang dan sporty

Honda telah mempamerkan Civic Type R Concept II secara rasminya pada pameran kereta di Paris Motor Show 2014 dengan penampilan konsep sebagai sebuah kereta lumba di litar.

Civic Type R Concept II ini bakal dipasarkan dengan reka bentuk luaran yang sporty dipadu sentuhan body yang ekspresif dan juga stylish khas Type R.

Menurut jurucakap Honda, Civic Type R akan mula dikeluarkan di kilang Honda di Swindon, United Kingdom dan dipasarkan di Eropah pada tahun 2015.

Honda Civic Type R Concept II ini dipadankan dengan warna terbaru yang lebih sporty 'Striking Luminous Blue'. Reka bentuk sporty juga jelas dapat dilihat pada reka bentuk grill depan, bumper, bonet, fender (mudguard) depan & belakang, dan saiz tayar 20 inci.

Jentera super sporty ini turut ditampilkan dengan roda stereng baru lengkap dengan butang ‘+R’ untuk meningkatkan lagi kuasa enjin dan respons stereng serta diaplikasikan ciri baru iaitu Innovative New Four-Point Adaptive Damper System yang membuat handling kereta terasa ringan ketika pemanduan.

Jentera Civic konsep ini dijana dengan enjin VTEC Turbo dari Earth Dreams Technology berkapasiti 2.0 liter 4 silinder, Direct Injection tersedia dengan manual 6 kelajuan yang mampu menghasilkan tenaga maksimum sebanyak 280 PS hingga mampu mencapai tahap 7,000 rpm, di samping memenuhi standard Euro 6.

Menurut Suehiro Hasshi iaitu Large Project Leader untuk Civic Type R, dalam mod standard, Civic Type R ini boleh bertindak sangat tangkas dan mempunyai kuasa pecutan yang mengagumkan bagi sebuah jentera sport.

Dengan butang ‘+R’, Civic Type R Concept II mampu memberikan ledakan kuasa penuh dinamik yang pastinya menaikkan lagi adrenalin pemanduan. Ia banyak memberikan perbezaan karekter antara kedua-duanya. Di mana mod ‘+R’ lebih ekstrem dan jentera ini juga sesuai dilenjan di litar lumba.

Jentera ini juga didatangkan dengan sistem “steer axis” dengan dua elemen “Kingpins” tambahan untuk suspensi hadapan. Honda berkata, mereka cuba untuk mengurangkan kemudi tork dan membolehkan pemandu untuk mengeksploitasikan jentera ini sebaik mungkin.
Dikuasakan oleh Blogger.