Header Ads

HTC Butterfly 2 dengan kamera teknologi HTV Duo 13MP

HTC telah memperkenalkan satu lagi peranti terbaharu generasi ketiga, Butterfly 2, yang dilihat mampu menyaingi telefon bimbit pintar sedia ada di pasaran.

Telefon pintar itu diperkemaskan dengan beberapa teknologi yang dipertingkat seperti Sense 6, HTC duo kamera untuk kesempurnaan imej dan sensor motion launch bagi memberikan pengalaman hebat berbanding model sedia ada.

Dengan Smart Sensor Hub yang menyediakan segala keperluan di samping penggunaan motion launch bagi memudahkan aktiviti harian pengguna, teknologi duo kamera sesuai untuk menyampaikan imej kreatif, profesional berserta kesan mengagumkan selain kualiti audio diperhebat menerusi set pembesar suara BoomSound.

HTC Butterfly 2 spec
  • Platform Android - Android 4.4 KitKat OS; Android™ with HTC Sense™HTC BlinkFeed™

  • Size - 145.4 x 70.2 x 9.99 mm

  • CPU Speed - Qualcomm® Snapdragon™ 801, 2.5 GHz, quad-core CPUs

  • Weight - 151g

  • Memory - 16GB or 32GB Internal; MicroSD slot Available to expand the external memory.

  • RAM - 2GB

  • Display - 5.0 inch, Full HD 1080p

  • SIM Card Type - nano SIM

  • Camera - 13 MP Rear- Facing; 5 MP Front-Facing Camera for high quality selfies.

  • Video - 1080 Pixel Video recording.

  • Battery - 2700mAh long lasting battery.

  • Sound quality - BoomSound speakers with clear.

  • Other Features - Bluetooth, Wi-fi, 3G, GPS.



Bagi memberi kepuasan kepada pengguna, Butterfly 2 turut dilengkapi dengan paparan skrin penuh HD berukuran 12.5 sentimeter (lima inci) dan perluasan kad memori microSD sehingga 128GB.

Kamera teknologi HTV Duo berkapasiti 13MP juga sudah pasti memberi kepuasan kepada pengguna manakala kamera hadapan berkapasiti 5MP pula disokong oleh rangkaian evolusi jangka panjang (LTE) untuk kelajuan muat naik.

Dikuasakan oleh pemproses terkini Android KitKat 4.4, peranti ini menyediakan bateri berkapasiti 2,700mAh dengan berat fizikal keseluruhan 151 gram bersaiz 145.4 x 70.2 x 9.99 milimeter.

Mengekalkan tiga aplikasi istimewa HTC, Butterfly 2 turut menampilkan ciri Zoe sebagai satu mod dalam fungsi gambar yang turut merakam video tiga saat.

Aplikasi ini menggabungkan beberapa gambar dan video pendek, yang kemudian menghasilkan sebuah video lengkap selama 30 saat berserta lagu latar belakang serta beberapa kesan menarik.

Telefon pintar ini boleh didapati menerusi tiga warna pengenalan iaitu jingga, merah dan putih.
Dikuasakan oleh Blogger.