Header Ads

Hukuman gantung mangsa perkosa ditangguh

Pelaksanaan hukuman gantung terhadap seorang wanita yang didapati bersalah membunuh lelaki yang cuba memperkosanya ditunda selepas ribuan aktivis melakukan protes terhadap hukuman berkenaan.

[Baca berita berkaitan di sini]

Wanita bernama Reyhaneh Jabbari itu dijadualkan akan menjalani hukuman gantung semalam (Selasa), namun hukumannya telah ditangguhkan sehingga 10 hari kemudian, demikian lapor The Independent hari ini.

Menurut keterangan seorang pegawai seperti dipetik dari BBC, wanita berkenaan kini dipindahkan ke rumah tahanan Bandar Tehran Barat, sebagai lokasi pelaksanaan hukuman.

Penangguhan hukuman itu adalah kali kedua selepas hukuman gantung terhadap Reyhaneh dijadualkan pada April lepas telah ditunda semalam, 30 September.

Reyhaneh ditangkap pada 2007 lepas atas tuduhan membunuh seorang lelaki bernama Morteza Abdolali Sarbandi, bekas anggota Jabatan perisikan Iran yang cuba memperkosanya.

Wanita yang kini berumur 26 tahun itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tehran pada 2009 dan keputusan hukuman mati kemudian dikuatkan oleh Mahkamah Agung Iran.

Keputusan tersebut mendapat kecaman antarabangsa dan mencetuskan petisyen yang mendesak pembebasan Reyhaneh. 190,000 tanda tangan terkumpul untuk menolak pelaksanaan hukuman terhadap wanita tersebut.

Pengarah filem Iran, Asghar Farhadi, yang pernah meraih anugerah Oscar- turut berusaha dalam menghentikan hukuman mati atas Reyhaneh dengan menulis sepucuk surat langsung kepada keluarga mangsa terbunuh bagi memaafkan wanita berkenaan.

Ketika pembelaannya, Reyhaneh menyatakan, ada orang lain di rumah Morteza, yang menurut si tertuduh, juga bertanggung jawab atas kematian itu. Namun dilaporkan, pendedahan wanita itu belum disiasat secara mendalam.
Dikuasakan oleh Blogger.