Header Ads

Ibu negeri Somalia kini dipasang mesin ATM pertama

Seorang lelaki Somalia menggunakan mesin ATM yang dipasang di ibu negara Somalia, Mogadishu, baru-baru ini. - foto AFP
Ibu negeri Somalia, Mogadishu telah pun mempunyai mesin ATM pertamanya yang diletakkan di Hotel Jazeera Palace sekitar 300 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde.

Menurut CNN, mesin ATM berkenaan hanya dibenarkan untuk pengeluaran matawang dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut pengurus Hotel Jazeera Palace, Justus Mulinge Kisaulu, beberapa orang dilihat mula menggunakan mesin ATM berkenaan namun namun kebanyakan warga Mogadishu tidak tahu menggunakan mesin ATM berkenaan.

"Kebanyakan orang disini tidak tahu penggunaan mesin ATM, penduduk tempatan tidak mempunyai kad debit (ATM) untuk menggunakannya," jelasnya.

Menurut African Development Bank, mata wang dolar Amerika diterima sebagai alat pembayaran dalam setiap transaksi di Mogadishu. Sementara mata wang Somalia, Shiling, nilainya semakin jatuh sejak konflik bersenjata tercetus.

Said Moallim Abukar, pengurus Bank Salaam Somalia yang mengendalikan mesin ATM tersebut menyatakan dalam waktu dekat pihaknya akan menyediakan ATM untuk mata wang Shiling.

Sebelum di Mogadishu, mesin ATM lain di Somalia sudah ada di bandar Hargeisa sejak Mac.

Kehadiran mesin ATM ini menunjukkan keadaan ekonomi Somalia sudah bertambah baik. Bahkan sejumlah bank asing merancang membuka pejabatnya di Mogadishu, pembangunan transaksi tanpa tunai, dan penggunaan mobile money sebagai alat pemindahan.
Dikuasakan oleh Blogger.