Header Ads

Ikan miliki gigi seperti manusia

Seorang pemancing Rusia tidak pernah terfikir akan mendapat ikan bergigi manusia. Aleks Korobov, dari kota Arkhangelsk, Wilayah Arkhangelsk, Barat Laut Rusia menemui ikan pelik ketika memancing di utara sungai Dvina.

Ketika ingin mendapatkan ikan berkenaan, pemancing berusia 50 tahun itu memikirkan bahawa dia telah berjaya menangkap Kerisi biasa, namun apabila dia cuba menarik ikan itu dari mata kail, Aleks melihat deretan gigi seperti manusia.

"Ikan sudah mati, tetapi apabila saya mengambilnya, ikan itu masih segar. Insangnya yang terbuka kelihatan masih segar dan merah.

"Tetapi apabila saya melihat mulutnya, ikan itu tidak seperti ikan Kerisi biasa, dan apabila saya membukanya ia kelihatan banyak gigi seperti gigi manusia," kata Aleks.

Kerana ingin tahu lebih lanjut, Alex akhirnya menghubungi Institut Ikan dan Oseanografi untuk meminta pendapat mereka mengenai ikan pelik berkenaan.

"Kita perlu melakukan bedah siasat dan menjalankan satu siri ujian untuk menentukan spesies dan penjelasan gigi. Kami percaya bahawa ikan ini dari spesis Piranha. Ikan Piranha yang herbivor, tetapi bukan ikan yang makan daging seperti yang anda lihat dalam filem, "kata pakar Gennady Dvorykankin di institut berkenaan.

"Ia jarang berlaku ikan spesis berkenaan boleh keluar dari habitat semula jadi di Artik untuk iklim tropika dan akhirnya berenang ke sungai. Kita hanya boleh mengandaikan bahawa ada penggemar ikan eksotik itu yang membuangnya."
Dikuasakan oleh Blogger.