Header Ads

Iktiraf negara Palestin, Israel kecam PM baru Sweden

Negara haram Israel bertindak mengecam Perdana Menteri Sweden, Stefan Loefven yang baru dipilih kerana keputusannya mengiktiraf negara Palestin.

"Menteri Luar Negeri (zionis) Avigdor Lieberman mengatakan bahawa ia kesal, perdana menteri (Sweden) baru terburu-buru mengeluarkan kenyataan pendirian Sweden mengenai pengiktirafan negara Palestin, padahal dia mempelajari masalah ini secara mendalam," kata kenyataan rasmi pejabat Lieberman di Jerusalem.

Dia menambah, duta besar Sweden untuk Israel, Carl Magnus Nesser akan dijemput untuk memberi penjelasan di Kementerian Luar Negeri Israel di Jerusalem, namun tidak menyebutkan waktunya.

"Perdana Menteri Loefven perlu memahami bahawa tidak ada kenyataan atau tindakan oleh pihak luar yang dapat menjadi pengganti rundingan langsung antara kedua-dua belah pihak," kata kenyataan itu.

Pemimpin Demokrat Sosial, Loefven yang memenangi pilihan raya umum bulan lepas, telah menyatakan bahawa negaranya ingin meningkatkan penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

"Penyelesaian dua negara memerlukan pengakuan timbal balik dan keinginan untuk hidup bersama-sama secara damai. Ini harus dilakukan dengan menghormati tuntutan sah rakyat Palestin dan Israel dalam hal hak mereka untuk menentukan nasib dan keselamatan sendiri," kata Loefven dalam ucapan semepena pelantikannya di Parlimen.

Sweden telah menyokong status pemerhati Palestin di PBB pada 2012, yang diberikan walaupun ada penentangan dari Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara bersekutu lain.

Tujuh anggota Kesatuan Eropah di Eropah Timur dan Mediterranean telah mengakui negara Palestin, iaitu Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Malta, Poland dan Romania.

Iceland adalah satu-satunya negara Eropah barat bukan ahli Kesatuan Eropah yang telah mengiktirafnya.

Pernyataan Loefven ini disambut hangat oleh Palestin namun sekutu rejim zionis, AS berkata langkah itu terlalu cepat.

"Kami percaya pengiktirafan antarabangsa terhadap negara Palestin adalah terlalu awal," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri AS Jen Psaki.
Dikuasakan oleh Blogger.