Header Ads

Jet Amerika kembali menyerang ISIS

Kepulan asap selepas serangan udara Amerika terhadap ISIS di Kobani, Syria.
Sembilan serangan telah dilakukan di Iraq, empat di antaranya menghancurkan operasi pemberontak berhampiran empangan Mosul dan tiga serangan lainnya menyerang kedudukan militan di Fallujah selatan, lapor pasukan komando tentera Amerika Syarikat, kelmarin.

Sementara itu, tentera Amerika mengatakan serangan udaranya melanda enam sasaran di Syria, empat di antaranya berdekatan bandar Kobani yang bergolak, di mana militan IS dan pejuang Kurdi berperang selama berminggu-minggu untuk menguasai wilayah tersebut, tepat di sebelah selatan sempadan Turki.

Kepulan besar asap hitam akibat letupan di Kobani boleh dilihat dari seberang sempadan di Turki.

Menurut aktivis Syria, sebulan serangan udara diketuai Amerika di Syria, serangan terbaru Amerika ini telah menyebabkan 553 orang terbunuh, sebahagian besar adalah dari kumpulan militan IS dan anggota Nusra yang berkaitan al-Qaeda.

Organisasi Syrian Obsevatory for Human Rights yang beribu pejabat di England mengatakan, angka korban yang terbunuh termasuk 464 tentera militan IS dan 32 orang awam.

Jet-jet tentera AS, bersama sekutu dari negara-negara Arab telah melakukan lebih 200 serangan udara di Syria sejak tarikh 22 September lalu, didakwa sebagai sebahagian daripada perluasan usaha menghentikan kumpulan militan IS.
Dikuasakan oleh Blogger.