Header Ads

Kedah bangkit padam agregat selesa Kelantan

Pemain Kedah meraikan kemenangan mereka memgatasi agregat selesa Kelantan untuk layak ke separuh akhir, awal malam tadi.
Ketinggalan 1-3 kepada Kelantan dalam pertemuan aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2014 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, 3 Oktober lalu tidak mematahkan semangat para pemain Kedah untuk melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas naib juara 2013 di Stadium Darul Aman malam tadi, sekaligus mengesahkan slot ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-3.

Bermain di depan lebih 30,000 penyokong sendiri, Kedah bermula aksi tidak meyakinkan dengan memberi peluang skuad The Red Warriors (TRW), namun benteng Kedah yang diketua kapten berjaya mengekang asakan lawan.

Sebelum babak pertama tamat, penyokong tuan rumah gamat selepas Hanif Dzahir manfaatkan hantaran tepat Mehmet terus ke gawang pelawat untuk gol pertama tuan rumah di minit ke-42.

Babak kedua separuh masa, Forkey Doe mempunyai peluang terbaik pasukan pelawat apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan pertahanan Khairul Helmi tetapi tendangannya ditolak keluar penjaga gol tuan rumah Saiful Amar Sudar.

Kesilapan pemain pertahanan Kelantan di minit ke-51 telah memberi ruang kepada Baddrol Bahtiar melakukan percubaannya melepasi Khairul Fahmi menuju ke penjuru kanan gol pelawat bagi tuan rumah mendahului 2-0 untuk agregat 3-3.

Terkejut dengan kebangkitan luar biasa Kedah telah memberi tekanan yang kuat buat Kelantan sehingga terpaksa bermain 10 pemain selepas Ahmad Fakri Shaarani apabila dilayangkan kad kuning kedua di minit ke-70 dan diarah keluar padang kerana mengasari pemain gantian Farhan Roslan.

Kedah mengambil manfaat sebaik-baiknya apabila Kelantan tempang dengan 10 pemain apabila terus mengasak kubu lawan di 20 minit terakhir.

Akhirnya Kedah mengukuhkan kedudukan apabila Adam Griffiths membuat umpanan cantik sebelum disudahi pemain gantian Syafiq Ahmad di minit ke-89 menewaskan sekali lagi penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi menjadikan Kedah selesa 3-0 menjadi agregat 4-3, sekaligus layak ke separuh akhir aksi Piala Malaysia edisi 2014.

Keputusan lain, Felda United catat sejarah selepas kali pertama layak ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan bekas juara 32 kali Selangor dengan agregat 7-3 selepas terikat 3-3 dalam aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Mini Temerloh, malam tadi.

Dikuasakan oleh Blogger.