Header Ads

Kemaluan perogol dipotong pisau pemotong daging

Seorang lelaki di Bandar Ganganagar, India kehilangan alat kelaminnya selepas cubaan merogol seorang remaja apabila zakarnya dipotong oleh penduduk sekitar.

Seperti dilaporkan India Today, semalam, penduduk sekitar menangkap si perogol, Suresh Kumar ketika cuba untuk merogol seorang remaja.

Lelaki berusia 40 tahun itu terus diheret penduduk ke kedai daging berhampiran sebelum dibelasah penduduk yang marah dengan tindakan durjananya dengan mengambil pisau pemotong daging untuk memotong zakarnya.

Kemudian Kumar ditinggalkan berlumuran darah yang keluar dari bahagian alat kelaminnya selum pihak polis datang dan membawanya ke rumah hospital. Dilaporkan Kumar berada dalam keadaan kritikal.

Sementara si gadis yang nyaris menjadi mangsa rogol telah mengalami trauma yang teruk dan kini kini dalam proses pemulihan.

Menurut saksi, Aamir Dhawan, penduduk bertindak memotong alat kelamin lelaki berkenaan kerana begitu marah dengan penularan kes rogol yang semakin parah di India. Jadi mereka harus mengajar para perogol "pelajaran berharga".

"Kami telah banyak melihat gadis menjadi mangsa, parahnya korban sampai dianiaya bahkan digantung. Sekarang saatnya hal ini harus dihentikan," ujar Dhawan kepada Daily Mail.

"Cara (pelaksanaan kebiri) ini juga memberikan mesej kepada para lelaki agar tidak melakukan tindakan (rogol) seperti itu (sewenang-wenangnya)," tambah dia.

Polis ketika ini sedang memburu penduduk yang didakwa terlibat dengan 'hukuman potong' itu sambil menegaskan tidak boleh memberi hukuman "main hukum sendiri".

"Ssemua warga harus menuruti peraturan dan undang-undang. Kami minta kepada penduduk terlibat menyerah diri sebelum kita menangkap mereka," ujar seorang polis India.
Dikuasakan oleh Blogger.