Header Ads

Kerajaan BN bohong, perjanjian jelas Terengganu berhak dapat royalti

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Tengku Ahmed Shah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa bukti Terengganu menerima royalti minyak dan bukan Wang Ihsan atau dana persekutuan seperti dinyatakan pemimpin BN.

Beliau membidas kenyataan Kementerian Kewangan 24 September lalu yang menyatakan tiada petroleum diperoleh di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia – yang tidak lebihi 3 batu nautika pesisir pantai negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu – justeru tiada royalti diberikan.

Tun Razak
Beliau berkata Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak dalam jawapan di Parlimen pada tahun 1974 mengesahkan pemberian 5 peratus royalti hasil minyak itu layak diberikan kepada negeri.

Raja Bahrin berkata, alasan diberikan kerana ia hanya menyatakan hasil minyak dalam atau luar pesisiran pantai tanpa mengira jarak.

Selain itu beliau mendedahkan surat Petronas kepada pegawai kerajaan Terengganu bertarikh 14 Jun 1978 yang menyatakan Petronas memberi "bayaran tunai" berjumlah RM 5.7 juta kepada negeri itu bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti kepada Kerajaan Terengganu.

"Dari dokumen transaksi antara Petronas dan kerajaan Terengganu ketika ia baru bermula dulu, jelas perkataan yang digunakan ialah bayaran tunai dan bukannya dana persekutuan atau wang ihsan," kata beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.