Header Ads

Kes liwat: Kehadiran penyokong Anwar lengang

Suasana di Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini kelihatan lengang dengan kehadiran penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berdepan prosiding rayuan akhir kes liwat yang bermula semenjak Selasa lalu.

Hari ini sudah masuk hari ketiga pendengaran prosiding namun kehadiran penyokong semakin hari semakin berkurangan, tidak seperti kehadiran sebelum ini apabila ada perbicaraan mahkamah melibatkan pemimpin tertinggi PKR itu.

Laporan mendapati tidak sampai 100 orang kehadiran penyokong Anwar yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan termasuk para petugas media sebelum ketibaan Anwar sekitar jam 9.15 pagi.

Turut kelihatan kawasan perkarangan mahkamah turut dikawal ketat oleh pihak polis dan pihak Perbadanan Putrajaya turut memasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan berkenaan tanpa kebenaran.

Selain itu, beberapa jalan sekitar Putrajaya ditutup kerana memberi laluan persiapan sambutan Festival Kesenian Islam 2014 yang akan disambut pada 1 November.


Kali ini, Anwar sedang berdepan prosiding rayuan daripada berdepan dipenjara lima tahun atas sabitan bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu berkaitan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sesi pendengaran hari ini sudah masuk hari ketiga, sesi penghujahan pihak peguambela Anwar oleh Ramkarpal Singh menyambung sesi penghujahan semalam sebelum hujah balas dijangka dari pihak pendakwa akan diadakan pada sebelah petang.
Dikuasakan oleh Blogger.