Header Ads

Lelaki potong bibir, telinga, dan hidung teman wanita kerana cemburu

Seorang lelaki Taiwan berusia 79 tahun ditahan selepas mencacatkan wajah teman wanitanya kerana cemburu, semalam. Mangsa yang berusia 47 tahun ketika ini sedang dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Channel News Asia hari ini,suspek yang bernama Huang telah memotong bibir, telinga, dan hidung teman wanitanya itu lalu membuang potongan organ tubuh itu ke dalam tandas.

Huang yang mengesyaki teman wanitanya telah curang, mengikat tubuh teman wanitanya ketika sedang tidur dan menggunakan pisau buah untuk memotong bahagian-bahagian badan yang menurutnya tidak boleh disentuh oleh lelaki lain.

Polis berkata, Huang menggunakan tuala untuk menutup mulut teman wanitanya ketika mangsa menjerit menahan kesakitan. Setelah membuang bibir, telinga, dan hidung teman wanitanya ke dalam tandas, Huang menelefon ambulans untuk membawa teman wanitanya ke hospital.

Menurut polis, sebelum ini Huang telah menulis surat ancaman kepada teman wanitanya bahawa akan berlaku pertumpahan darah jika suspek melihat teman wanitanya itu keluar makan malam bersama lelaki lain.
Dikuasakan oleh Blogger.