Header Ads

Makhluk ganjil 'bertangan' 100 ditemui nelayan

Makhluk aneh yang dijumpai seorang nelayan berdekatan pulau Sentosa, Singapura, didakwa merupakan spesies sotong namun mempunyai 100 sesungut yang kelihatan seperti tangan.

Ong Han Boon,54 tahun, mendakwa melihat makhluk aneh itu keluar di permukaan laut ketika sedang menangkap ikan di kawasan kebiasaannya.

"Saya melihat sesuatu yang bergerak naik turun," kata Ong seperti dipetik dari Mirror, kelmarin.

Ketika mahu mengangkat hasil tangkapannya, Ong mendakwa terkejut setelah melihat apa yang diangkatnya, kelihatan seperti makhluk kacukan antara bintang laut, sotong dan alien.

"Saya sudah melihat beberapa makhluk aneh di laut tapi belum pernah melihat seperti ini. Makhluk ini mempunyai banyak lengan yang bergerak-gerak. Saya kira ini seperti alien atau makhluk yang bermutasi (ganjil)," ujar Ong.

Ong kemudian memuat naik video makhluk yang ditemui di internet, dengan harapan ada sesiapa boleh mengesahkan spesis makhluk berkenaan, namun tiada siapa yang mengesahkannya.

"Jika seseorang tidak boleh mengesahkannya maka benar dakwaan saya, ia adalah alien atau spesis makhluk laut yang ganjil. Saya tidak akan terkejut dengan apa yang boleh terjadi (makhluk ganjil) kerana banyaknya berlaku pencemaran di laut ketika ini," kata Ong.
Dikuasakan oleh Blogger.