Header Ads

Melekat ketika berasmara di laut

Pasangan berbangsa Itali terpaksa dikejarkan ke hospital awal minggu lalu disebabkan ‘melekat’ bersama semasa mengadakan hubungan seks di dalam laut.

Cuaca yang panas menyebabkan pasangan terbabit mahu mengadakan hubungan kelamin tatkala berada di sebuah pantai yang terletak di Porto San Giorgio.

Malangnya, selepas seketika lelaki tersebut mendapati dia tidak dapat menarik alat sulitnya walaupun pelbagai cara sudah dicuba.

Mereka kemudiannya terpaksa menunggu seorang perempuan lain datang menutupi dengan tuala sebelum beransur ke persisiran pantai. Orang awan bertindak menghubungi medik yang lantas membawa mereka ke hospital tempatan.

Menurut doktor, kejadian aneh ini dinamakan proses pengisapan (suction) dan ianya berlaku kerana pasangan terbabit besetubuh di bawah tekanan air.

Doktor telah memberikan wanita itu satu suntikan yang biasanya digunakan untuk membantu melebarkan serviks. Dos berkenaan membolehkan lelaki itu menarik keluar kemaluannya.
Dikuasakan oleh Blogger.