Header Ads

Menang tipis 4-3 ke atas JDT, laluan sukar Felda ke final

Felda United FC melakar kemenangan tipis 4-3 menewaskan Johor DT dalam aksi sengit perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, awal malam tadi.

Sebagai tuan rumah, Felda mendahului 2-0 di separuh masa pertama sebelum JDT menyusun gerakan bangkit merapatkan jurang. Gol pertama Felda diperolehi menerusi Edward Junior Wilson pada minit ke-7 sebelum Syamim Yahya meletak Felda selesa di depan 2-0 pada minit ke-42.

Babak kedua bermula, JDT cuba bangkit apabila Jorge Pereyra Diaz merapatkan jurang 2-1 di minit ke-51. Perlawanan menyaksikan aksi sengit kedua-dua pasukan sambil tercatat sejarah, 10 kad kuning telah terkumpul dalam perlawanan tersebut.

Malang menimpa pasukan Felda apabila Nasriq Baharom dilayangkan kad merah pada minit ke-53, memaksakan Felda bermain 10 orang. Namun ia tidak menjadi penghalang buat anak buah Irfan Bakti apabila berjaya menambah gol ketiga di minit ke-60 menerusi jaringan pemain import, Ndumba Makeche.

JDT sekali lagi cuba bangkit dengan aksi lebih bertenaga di penghujung babak kedua apabila Luciano Figueroa berjaya meledak gol kedua pelawat pada minit ke-80. Pereyra Diaz terus menjadi duri dalam daging pemain Felda apabila berjaya menyamakan kedudukan 3-3 apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-90.

Ndumba Makeche menjadi hero apabila menjaringkan gol kemenangan 4-3 Felda di penghujung permainan di minit ke-92, minit kecederaan permainan. Namun kemenangan tipis Felda belum lagi terjamin slot ke final apabila berdepan laluan sukar dalam perlawanan separuh akhir kedua di Larkin.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan separuh akhir pertama

FELDA UNITED [4] vs [3] JDT
'7 Edward Junior Wilson (Felda)
'42 Syamim Yahya (Felda)
'60, '92 Ndumba Makeche (Felda)
'51, '90 Jorge Pereyra Diaz (JDT)
'80 Luciano Figueroa (JDT)
Dikuasakan oleh Blogger.