Header Ads

Mesut Ozil curang, kekasih minta putus

Hubungan antara pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dengan kekasihnya, Mandy Capristo, kini dilaporkan bakal tamat gara-gara ada pihak ketiga mengganggu gugat hubungan mereka yang terjalin selama 2 tahun itu.

Semuanya bermula apabila Ozil dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan Melanie Rickinger, model seksi yang merupakan bekas teman wanita kepada bekas bintang Bayern Munich, Christian Lell.

Ozil dan Rickinger dilaporkan telah bertukar mesej mesra melalui perkhidmatan sms dan WhatsApp, lapor Bild mengenai hubungan Ozil dan Capristo.

Capristo dikatakan telah meminta memutuskan hubungan dengan Ozil melalui telefon selepas mengetahui bekas pemain Real Madrid itu curang.

Masalah Ozil tidak terhenti di situ sahaja, malah pemain antarabangsa Jerman itu sanggip merelakan melihat Capristo didekati 'rapper' Jerman, Kay One.

Kay, yang juga bekas teman Capristo, menuliskan mesej menggoda kepada Capristo di akaun Facebook miliknya.

"Wanita sejati tidak akan melarang seorang lelaki. Namun, dia perlu tahu bagaimana sikap sebenar lelaki," tulis Kay One.
Dikuasakan oleh Blogger.