Header Ads

MP BN bidas dakwaan pendapatan isi rumah rakyat Sabah RM4,000 sebulan

Pemimpin Barisan Nasional (BN) menempelak hasil kajian mereka sendiri selepas pilihanraya, namun ketika pilihanraya, mereka bersenang lenang menabur janji sambil mendakwa rakyat di bawah pemerintahannya hidup senang lenang hasil pemerintahannya.

Selepas pilihanraya baru mahu bidas, sebelum atau ketika pilihanraya tidak sedar menyebar dakyah, BN berjaya memerintah.

Bukan sekali dua, tetapi majoriti setiap kali pilihanraya, pemimpin BN seronok menabur janji, seronok memberitahu konon mereka sudah berjaya menjadikan rakyat hidup senang di bawah pemerintahan mereka.

Namun apa yang berlaku, selepas dikeluarkan satu statistik kajian oleh pihak BN sendiri, seorang ahli parlimen BN dari Sabah, dari Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh tiba-tiba melenting dan membidas hasil kajian berkenaan. Tanpa beliau sedar, hasil kajian itu dibuat atas 'kesibukan' beliau berkempen untuk memenangkan BN di Sabah.

Semalam dalam laporan media, ahli parlimen BN dari Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh telah menempelak hasil kajian yang dibuat oleh kerajaan BN konon pendapatan isu rumah rakyat Sabah RM4 ribu sebulan ketika membahaskan membahaskan Bajet 2015 di parlimen.

Ghafur telah menggesa satu Jawatankuasa Khas Parlimen diwujudkan bagi mengkaji semula status kemiskinan penduduk rakyat negeri Sabah kerana statistik yang dikeluarkan kerajaan BN itu boleh dipertikai.

"Kita gesa wujud segera jawatankuasa ini bagi mengkaji semula kedudukan sebenar rakyat Sabah.

"Semua parti perlu terlibat dan kita perlu pergi rumah ke rumah bagi membuat kajian sebenar tentang apa yang Sabah alami terutama soal kemiskinan," ucap beliau di Dewan Rakyat.

"Pengiraan tidak boleh dilakukan sedemikian, kita perlu membuat kajian di bawah dengan bertemu penduduk.

"Bila kajian tidak dibuat betul-betul, kita tidak akan tahu taraf sebenar kemiskinan itu, mungkin pengiraan dibuat di semenanjung tetapi tidak Sabah, rakyat negeri itu masih miskin walaupun telah lama merdeka," tambah beliau lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.