Header Ads

MP BN mengaku kerajaan BN tidak tunai janji

Ahli parlimen BN dari Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh, mengaku kerajaan BN telah memungkiri janji yang dibuat mereka dalam pilihanraya sambil menggesa kerajaan BN mendengar sendiri rintihan rakyat negeri Sabah dan tidak hanya bertemu mereka untuk janji-janji pilihan raya.

Kata Ghafur, ketika pilihanraya, BN menabur janji mahu bina rumah tapi sehingga kini tiada satu pun rumah dibina walaupun beliau sendiri yang turut bertanding atas tiket BN yang didakwa memungkiri janji. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat.

"Dulu masa pilihanraya umum kerajaan janji hendak bina rumah sebanyak 1 juta unit dengan kadar 250 ribu unit setahun.

"Tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pun rumah dibuat, mana janji-janji sebelum ini," soalnya lagi.

Menurutnya, sewaktu penerangan dibuat beliau memang berpuas hati tetapi melihat kepada pelaksanaannya sekarang, beliau berasa kecewa.

"Saya sebelum ini pernah merasmikan pecah tanah untuk Rumah Generasi kedua Felda dan sekarang saya sendiri yang malu bila tiada rumah yang dibina setelah lama pilihan raya berlalu," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.