Header Ads

Mursi gesa penyokong tidak iktiraf rampasan kuasa

Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi menggesa penyokongnya untuk tetap teguh dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dari penjara yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya, beliau berkata, ia seharusnya tidak ada pengiktirafan terhadap rampasan kuasa pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

"Setiap titik darah pejuang yang terkorban dan mati syahid, tidak akan dapat dibalas," katanya dalam laporan Press TV.

Mursi turut menegaskan, beliau tidak akan meninggalkan penjara sebelum semua anak lelakinya yang ditahan dibebaskan dan semua anak perempuannya pulang ke rumah.

Kegembiraan turut dilahirkan apabila rakyat Mesir meneruskan revolusi mereka dan menentang rampasan kuasa serta pemimpinnya.
Dikuasakan oleh Blogger.