Header Ads

Najib tegur Cina mohon bantuan tapi sokong Pakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.

Katanya, beliau berniat untuk lebih membantu masyarakat Cina tetapi beliau juga memerlukan sokongan mereka terhadap BN.

“Kamu harus lakukan bahagian kamu, kami tidak boleh menuntut dan kemudian sokong DAP, kami tidak boleh tuntut (dan kemudian) sokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan agung tahunan MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihan raya umum ke-13 lalu digelar sebagai “tsunami Cina” sebelum ini.- malaysiakini.com

WarkahDaily -- Bantuan yang diminta masayarakat tu dari duit poket Umno-BN kah? Umno-BN sahajakah yang membayar cukai?
Dikuasakan oleh Blogger.