Header Ads

NASA: Bumi bergelap 3 hari adalah palsu

Dakwaan bumi akan bergelap selama 3 hari berturut-turut berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi akan berada pada kedudukan selari telah tersebar di laman sosial. Dakwaan itu dilaporkan berpunca daripada sebuah laman web, Huzlers.com yang mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama tiga hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.

Namun pihak Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) telah pun menafikan laporan berkenaan yang kononnya bakal berlaku pada 21 hingga 23 Disember depan.

Menurut laporan palsu itu, fenomena bumi gelap selama 3 hari berkenaan turut disahkan oleh pihak NASA namun tiada sebarang artikel berkaitan dijumpai dalam laman rasmi NASA.

Dilaporkan, berita palsu berkenaan bukanlah pertama kali ianya disebarkan malah pernah tersebar pada akhir Disember tahun 2012 lepas.

Laporan Agensi menyebut, pihak NASA telah pun menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan seperti yang didakwa laman Huzlers.com.

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.

Laman itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.

“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.

“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.

Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
Dikuasakan oleh Blogger.