Header Ads

Parkinson: Muhammad Ali semakin parah, sukar bertutur

Muhammad Ali
Situasi legenda tinju dunia, Muhammad Ali yang mengidap penyakit Parkinson semakin membimbangkan. Menurut adiknya, Ali sekarang semakin sukar berbicara sehingga beliau yang kini sudah memasuki usia 72 tahun, tidak dapat menghadiri tayangan perdana filem mengenai kisah hidupnya "I Am Ali", pada Ahad.

"Saya belum boleh bicara dengannya kerana sakitnya semakin parah," beritahu adiknya, Rahman.

Ia turut menambah, kakaknya pasti bangga dengan filem tentang hidupnya itu.

"I Am Ali" mengisahkan kehidupan Ali dalam keluarganya yang digarap Clare Lewins dari sumber wawancara dan dokumentasi wartawan sejak Ali masih muda. Testimoni dari Mike Tyson dan George Foreman turut disertakan dalam filem dokumentari berkenaan.

Mengulas mengenai sakit bapanya, Ali Junior, meluahkan rasa simpati.

Awal tahun lalu, anaknya menyatakan Ali tidak sanggup bertahan hingga akhir 2014.

"Saya hanya boleh berharap dan berdoa, agar Tuhan akan memanggilnya lebih cepat, saya tidak sanggup melihatnya kesakitan dan tak boleh bicara," jelasnya.

"I Am Ali" akan ditayangkan di London mulai 28 November.
Dikuasakan oleh Blogger.