Header Ads

Pegawai kanan polis bunuh diri ketika ribuan warga Hong Kong berdemo

Para penunjuk perasaan memenuhi dan menutup jalan utama menuju pusat ekonomi dan kewangan di Hong Kong pada Isnin - 29 September 2014.
Di tengah-tengah puluhan ribu warga Hong Kong melakukan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut pilihanraya bagi memilih calon pemimpin mereka bagi 2017, rakyat ibu kota itu digemparkan dengan berita kematian seorang pegawai polis kerana membunuh diri.

Polis Hong Kong mengesahkan bahawa ketua inspektor polis Daerah Timur, Andrew Philips mati akibat bunuh diri. Dia menembak dirinya sendiri di balai polis North Point, kira-kira jam 3.00 pagi, semalam.

Phillips, 50, telah berkhidmat selama 27 tahun sejak tahun 1987 dan beliau merupakan ketua inspektor di bahagian siasatan jenayah atau Siasatan Bahagian Jenayah (CID).

Beliau ditemui mati dalam keadaan bergelumang dengan darah atas kerusi di pejabatnya dengan dua kesan luka kerana tembakan di kepala, beritahu pegawai kanan, Ip Chi-Keung dalam sidang akhbarnya.

Beliau menambah, senjata mangsa ditemui di atas lantai berhampiran mayat. Sebelum itu, rakan mangsa mendapati beliau tidak bertugas ketika jam 2.40 pagi waktu tempatan.

Kematian Phillips menjadi tanda tanya adakah mempunyai kaitan dengan demonstrasi besar-besaran di Hong Kong.

Menurut polis, Phillips tidak terlibat dalam keselamatan yang berkaitan dengan operasi polis demo.

"Saya tidak fikir mempunyai kewajaran untuk mengaitkan kematian Phillips dengan para pendemo," kata Ip seperti yang dilaporkan dalam laman web South China Morning Post, semalam.

Hasil penyiasatan awal, kematian Phillips akibat bunuh diri. Tetapi sebab bunuh diri masih lagi menjadi tanda tanya. Pihak polis belum lagi mempunyai sebarang petunjuk kematian mangsa berpunca daripada masalah kewangan atau kesihatan.

Walaupun meninggalkan nota pendek sebelum membunuh diri, namun mangsa tidak menyebut sebab mengapa dia memutuskan untuk membunuh diri.
Dikuasakan oleh Blogger.