Header Ads

Pengalaman duta besar Australia berkenalan dengan Islam

Duta Besar Australia ke Indonesia, Greg Moriarty mengaku pernah membaca al-Quran dan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad semenjak berkenalan dengan seorang Muslim ketika di universiti.

Menurut Moriarty, perkara tersebut dilakukan beliau sebagai sebahagian cara untuk lebih memahami tentang nilai-nilai agama yang dianuti oleh umat Islam.

Moriarty berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemberian geran pembiayaan kepada penerima biasiswa Australia Awards di Hotel Mandarin Oriental, Jakarta pada Khamis lepas seperti dipetik dari VIVA news.

Beliau menceritakan kembali kenangan bagaimana perkenalan pertamanya dengan Islam ketika masih belajar di Universiti of Western Australia. Ketika itu Moriarty sebagai penuntut di kuliah program ekonomi dan politik.

"Mahasiswa pertama yang saya temui ketika itu adalah seorang Muslim dari Indonesia," cerita Moriarty.

"Saya mula membaca al-Quran dan mempelajari ajaran Nabi Muhammad. Tujuannya, kerana saya ingin tahu nilai-nilai apa saja yang dianuti oleh umat Islam, termasuk kitab suci dan tempat mereka beribadah," jelasnya lagi.

Jumlah penduduk Muslim di Australia kini telah bertambah. Menurut data yang diperoleh dari hasil kajian lembaga penyelidik Pew Research centrer yang berpusat di AS meramalkan jumlah komuniti Muslim di Australia akan berkembang dari 399 ribu menjadi 714 ribu menjelang tahun 2030 akan datang. Bermakna, akan ada kenaikan sehingga 80 peratus.

Trend itu yang lebih dramatik diramal akan berlaku di New Zealand, akan ada peningkatan sehingga 150 peratus warga yang beragama Islam di sana.
Dikuasakan oleh Blogger.