Header Ads

Penjara Thailand terpadat di ASEAN

Penjara Thailand adalah paling penuh sesak di antara negara-negara anggota ASEAN, kata Vittaya Suriyawong, Ketua Pengarah Jabatan Pembaikan, dipetik daripada kenyataan Perdana Menteri General Prayut Chan-o-cha.

Dia berkata, General Prayut mensasarkan untuk mengurangkan jumlah tahanan 100,000 bagi tempoh setahun sedangkan jumlah tahanan negara itu sekitar 310,000, tertinggi di ASEAN.

"Ada kira-kira 14,000 tahanan baru setiap bulan dan hanya 11,000 tahanan dibebaskan setiap bulan, bermakna jumlah tahanan meningkat pada rata-rata 3.000 sebulan," kata Vittaya.

Kira-kira 100,000 tahanan mempunyai hukuman kurang dari lima tahun penjara, sebahagian dari mereka dipenjara kerana penjaja ubat.

Vittaya berkata, ada rancangan untuk memindahkan 100,000 tahanan ke 30 penjara sementara seluruh negara itu dan menyediakan mereka dengan latihan ketenteraan bagi mengurangkan kepadatan di penjara sleuruh negara berkenaan.

Pemindahan ini juga akan membantu mencegah pengedar dadah kecilan dalam penjara dengan pengedar utama, sebagaimana perdagangan dadah di penjara berlaku sekarang.
Dikuasakan oleh Blogger.