Header Ads

Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini

Pasukan-pasukan yang akan beraksi malam ini.
Saingan Piala Malaysia peringkat suku akhir pertama akan bermula malam ini dengan menyaksikan 8 pasukan akan berentap bagi mencari sebarang mata sekaligus mengukuhkan kedudukan sebelum bertandang di tempat lawan dalam suku akhir kedua.

Terengganu akan menerima kunjungan Johor Darul Takzim (JDT), Selangor menentang Felda United, Kelantan menentang Kedah dan Pahang menentang PDRM. Walaupun JDT dianggap pasukan pilihan dan dilihat menyerlah sepanjang kempen musim ini, namun mereka akan berdepan pasukan yang sudah berikrar akan memberikan segala-galanya.

Pengendali Bojan Hodak yang berjaya memimpin Kelantan ketahap tertinggi sebelum ini, memiliki peluang terbaik untuk mengulanginya di JDT. Dilimpahi dengan ramai pemain ternama, sudah pasti ia menyenangkan Hodak untuk membuat perancangan dan pemilihan kesebelasan terbaik.

Manakala Selangor yang begitu lama menanti untuk melunaskan 'misi 33' akan berdepan finalis Piala FA tahun ini, Felda United yang sudah mempamerkan kewibawaan pada aksi semasa mereka.

Sandaran pastinya terletak di bahu penyerang sensasi Paulo Rangel untuk melakukan jaringan dan menggunakan sepenuhnya peluang bermain ditempat sendiri, manakala pemain berpengalaman Felda United seperti Indra Putra Mahayuddin pula cukup arif untuk mengucar-kacirkan kubu lawan.

Sementara itu, Kelantan tidak seharusnya dibuai dengan pencapaian mereka sebelum ini lebih-lebih lagi prestasi mereka kian merosok akibat kehilangan ramai pemain musim lalu.

Walaupun Kedah bukanlah dianggap pasukan pilihan pada kempen kali ini, namun mereka mempunyai potensi besar utuk melakukan kejutan.

Kelibat Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen Zambri pastinya menjadi perhatian kerana gandingan ini mampu mengubah permainan.

Satu lagi gergasi dari Pantai Timur, juga penyandang juara, Pahang mungkin sedikit gentar berdepan PDRM. Umum mengetahui juara Liga Perdana itu mempamerkan prestasi menakjubkan sepanjang kempen Piala Malaysia setakat ini.
Dikuasakan oleh Blogger.