Header Ads

Perodua Axia terima 39,000 tempahan



Sejak dilancarkan 15 September lalu, Perodua Axia kini sudah ditempah sebanyak 39,000 unit.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua, Zahari Husin dan ia mengatasi rekod tempahan model sebelum ini, Perodua MyVi yang ditempah hanya lebih kurang 18,000 unit.

Menurut Zahari, peningkatan tempahan model baru Perodua itu disebabkan model berkenaan berkeupayaan dengan langkah penjimatan penggunaan petrol.

Tidak keterlaluan ianya menjadi pilihan pemandu tempatan selepas harga petrol RON95 di negara ini telah naik 20 sen seliter pada 1 Oktober lepas menyebabkan harga petrol berkenaan menjadi RM2.30 seliter.
Dikuasakan oleh Blogger.