Header Ads

Pertanian: PAS gesa kerajaan belajar daripada Thailand

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan menyarankan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan perkongsian pintar dengan negara Thailand sebagai perancangan pertanian di masa akan datang.

Datuk Takiyuddin
Beliau berkata, kaedah itu seharusnya boleh dilaksanakan memandangkan kementerian berkenaan mendapat bajet yang besar daripada Perdana Menteri sejumlah RM 6 bilion untuk tahun depan.

Ini kerana katanya, sektor pertanian di Malaysia sukar menandingi kemajuan Thailand yang boleh menghasilkan produk yang berkualiti, harga yang menarik bahkan bekalan yang konsistan berbanding negara ini.

"Kita di Malaysia pula terpaksa import dari luar negara seperti Indonesia ,China bahkan Thailand sendiri,"katanya dalam soalan tambahan sesi soal jawab pagi semalam.

Ketika menjawab, Menteri Datuk Tajuddin Abdul Rahman bersetuju dengan cadangan itu dan kerajaan tidak menghalang untuk mempelajari teknologi pertanian daripada mana sekalipun sama ada Thailand ataupun Belanda.

"Kita hendak maju kita kena berfikiran terbuka," katanya.

Bajet 2015 Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Khamis lalu menekankan agenda Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Usaha ini untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.