Header Ads

Pesawat AS jatuh berhampiran sekolah

Sebuah jet tentera udara Amerika Syarikat jatuh berhampiran sebuah sekolah di Lincolnshire, Inggeris, kelmarin.

Seramai 140 orang murid sekolah di Weston Hills C of E Primary School, Lincolnshire itu telah dipindahkan selepas sebuah pesawat F-15 jatuh hanya dalam jarak 365 meter dari sekolah mereka.

Juruterbang yang sedang menjalani misi latihan itu berjaya keluar dari pesawat sebelum jatuh dan murid di sekolah berkenaan bernasib baik terselamat dari nahas itu.

Namun begitu, insiden itu telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak apakah pesawat pejuang seperti F-15 dibenarkan melakukan latihan ketenteraan di kawasan penempatan.

"Ketika saya berdiri melihat pesawat itu jatuh berdekatan dengan anak saya. Pesawat itu jatuh terbalik dan seolah-olah tidak terkawal selepas melakukan aksi pusingan. Kami melihat juruterbang berjaya keluar. Ketika itu isteri saya pergi ke sekolah untuk menjemput anak perempuan kami, dia menyatakan bahawa asap hitam kelihatan dari kawasan letak kereta di sekolah dan asap itu masuk ke kawasan sekolah, "kata seorang bapa murid bernama Shaun.

"Sayapnya jatuh kira-kira 400 ela dari sekolah. Saya sempat berdoa kalau pesawat itu tidak jatuh (di sekolah). Saya sangat bersyukur tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan."

Nahas itu berlaku ketika sesi latihan pesawat tentera udara sebelum terjatuh di sebuah kampung berhampiran Weston Hills, Lincolnshire pada sekitar jam 3.30 petang (waktu setempat). F-1 Eagle yang berpangkalan di RAF LAKENHEATH di Suffolk disahkan sedang melakukan latihan tentera sebelum mengalami kemalangan berkenaan.

Pada kebiasaan, juruterbang akan melakukan latihan tersebut di ruang udara kawasan laut, namun kerana cuaca buruk menyebabkan mereka melakukannya di ruang udara kawasan daratan.
Dikuasakan oleh Blogger.