Header Ads

Presiden Zambia meninggal di London

Presiden Zambia dilaporkan meninggal dunia di London. -foto Getty Images
Presiden Zambia Michael Sata dilaporkan meninggal di London, di mana beliau menjalani rawatan penyakit yang tidak diberitahu kepada umum. Surat khabar dan televisyen Zambia hari ini menyebut, Sata meninggal di Hospital King Edward VII, London, semalam.

Menurut pejabat berita Reuters hari ini, Sata yang berusia 77 tahun menjalani rawatan sejak 19 Oktober lalu didampingi oleh isteri dan ahli keluarganya. Kebimbangan berkaitan kesihatan Sata sejak Jun lalu, ketika beliau menghilang dari pengetahuan umum tanpa penjelasan.

Sebelum itu, dikhabarkan beliau telah menjalani rawatan di Israel. Sata telah membatalkan untuk menyampaikan ucapan dalam Sidang Umum PBB, September lalu, kerana jatuh sakit ketika berada di New York. Beberapa hari sebelum itu, Sata sempat bergurau tentang keadaan kesihatannya ketika berada di Parlimen, menyebut bahawa dirinya masih hidup.
Dikuasakan oleh Blogger.